Rabu, 14 November 2012

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

darah daging - anak atau kaum keluarga sendiri

cahaya mata - anak

buah tangan - hadiah yang dibawa semasa melawat ke rumah orang lain

manis mulut - kata-kata yang sedap didengar

makan angin - bersiar-siar, melancong

kaki bangku - tidak tahu nermain sebarang permainan padang atau bola

buah fikiran - pendapat, pandangan atau idea

senang hati - orang yang terasa lapang hati

bulat hati - lurus hati, tegap hati

ambil angin - bersiar-siar

ambil hati - berasa tersinggung

anak buah - orang di bawah jagaan seseorang



Lengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang betul.

1) Setiap petang, Encik Chan dan keluarganya _________________________ di taman   
     bunga itu.

2) Walaupun Zarina bukan _________________________ Encik Omar tetapi dia 
   dianggap seperti anggota keluarga sendiri.

3) Penghulu kampung itu menyeru semua_________________________ beliau supaya 
     hidup bersatu padu.

4) “ Janganlah _________________________ atas perbuatan adik saya yang masih 
      kecil itu,” kata Rahani kepada rakannya.

5) Jurujual yang _________________________ itu pandai menarik pelanggan.

8 ulasan:

  1. Nota yang diberikan adalah baik untuk murid melengkapkan latihan ini.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas ulasan saudari^^

    BalasPadam
  3. nota ini sesuai untuk murid tahun 3, bagus.

    BalasPadam
  4. Penerangan dan latihan simpulan bahasa amat berguna kapada pelajar. Teruskan usaha.^^

    BalasPadam
  5. Nota ini membawa manfaat kepada murid-murid tahun 3

    BalasPadam
  6. Tahniah! Simpulan bahasa yang diajar sesuai dengan konteks murid Tahun 3. Ringkas dan mudah difahami.

    BalasPadam